Sejarah BN berakhir: Penghinaan Muhyiddin hanya bangkitkan lagi semangat jentera

Dari Penulis

PADA program ceramah Pentas PRN Melaka kelmarin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia memerlukan sebuah landskap politik baharu.

Malah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan jelas menyatakan sejarah Barisan Nasional (BN) sudah berakhir setelah diberi peluang menerajui negara enam dekad lamanya.

Memberi respons kepada ucapan Muhyiddin itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau sedih.

Kata Pengerusi BN itu,sedih apabila kata-kata penghinaan tersebut dilontarkan oleh seseorang yang sebelum ini menempa nama dalam dunia politik menggunakan dokongan dan sokongan dari ahli akar umbi BN.

Baca:Sudah masanya landskap politik diubah, sejarah BN sudah berakhir – Muhyiddin

Pilih PN, pembaharuan mesti dilakukan di Melaka – Abdul Hadi

Namun kata Ahmad Zahid, penghinaan Muhyiddin itu pasti akan menguatkan semangat seluruh jentera, ahli dan penyokong BN untuk memenangi PRN Melaka kali ini.

Kata beliau, seluruh jentera, ahli dan penyokong BN berpadu dengan semangat membara untuk membuktikan kepada PN bahawa sejarah BN belum berakhir.

“Dan ternyatalah keputusan akar umbi UMNO pada Perhimpunan UMNO 2020 untuk tidak bekerjasama dengan PPBM merupakan satu langkah yang tepat.

“Kata-kata Presiden PPBM itu sekaligus menyerlahkan sebuah hipokrasi yang mencerminkan nawaitu sebenar PPBM ke atas BN dan UMNO amnya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Tegas Ahmad Zahid, dalam hal ini tidak mengapalah Pengerusi PN mahu menyatakan apa pun kerana pendokong dan penyokong BN yang setia lebih mengenali perjuangan BN tiada penghujung noktahnya.

Katanya, takyat juga telah melihat BN tidak pernah berundur daripada menjaga kepentingan mereka walau pernah dirobek angkara fitnah dan tipu daya pada PRU-14 yang lepas.

“Pelbagai tohmahan, fitnah, cercaan, kejian, hinaan dan cacian dilemparkan dari pelbagai hala ditujukan kepada BN.

“Tidak pernah mengurangkan keyakinan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seluruh pendokong dan penyokong Barisan Nasional di seluruh negara.

“Yakinilah sejarah BN tidak akan terhenti dan sentiasa terus membara selagi ada daya dan upaya, ilham dan kudrat anugerah Ilahi,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This