Pejuang ‘perjuangkan’ politik orang Melayu – Tun M

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) disifatkan sebagai parti politik yang akan berusaha membawa orang Melayu ke tahap ekonomi hampir sama dengan bukan Melayu terutama orang Cina.

Demikian kata Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam catatan di laman blog miliknya.

Namun begitu, kata Dr. Mahathir, Pejuang akan tetap mematuhi semua dasar liberal dan keistimewaan yang diberikan negara kepada orang bukan Melayu.

Menurut beliau, kerajaan yang didominasi parti itu juga akan menjunjung prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang sambil menolak serta mengharamkan semua jenis salah guna kuasa dan rasuah.

“Parti ini akan mengamalkan tadbir urus yang baik dengan objektif menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2030 atau lebih awal.

“Ini ikrar kami, menyokong Pejuang adalah menyokong Malaysia dan rakyat Malaysia.

“Walaupun orang Melayu boleh berharap untuk mengejar, yang lain tidak akan kehilangan tempat dan peluang mereka,” kata bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Malaysia telah diperintah oleh kerajaan berbilang kaum yang majoritinya Melayu sejak memperoleh kemerdekaan.

Baca artikel berkaitan: Pejuang tak sertai PRN Melaka, enggan bantu sesiapa – Tun M

Katanya, orang Melayu menjadi tulang belakang kerajaan kerana kaum itu merupakan majoriti rakyat negara ini.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, kerajaan-kerajaan yang dikuasai Melayu telah memberikan hak-hak tertentu kepada bukan Melayu yang tidak dibenarkan oleh negara-negara berbilang kaum lain.

Oleh itu, beliau berkata, kaum-kaum lain turut dibenarkan untuk mengekalkan identiti dengan negara asal, bahasa dan budaya, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orgasisasi awam selain dewan perniagaan, persatuan, dewan perhimpunan, pasukan sukan dan lain-lain lagi.

“Tiada keperluan untuk berasimilasi dengan orang Melayu dan bumiputera lain. Bahasa rasmi adalah bahasa Melayu kecuali dalam dokumen rasmi, bahasa lain boleh dituturkan dan digunakan dalam komunikasi peribadi, surat khabar, radio dan televisyen serta media alternatif.

“Dengan cara yang sama, Islam adalah agama kebangsaan (rasmi?) tetapi agama lain boleh dianuti dan diamalkan dalam mana-mana bahasa. Satu-satunya syarat ialah semua orang Melayu mesti beragama Islam. Penukaran keapda agama lain adalah dilarang,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This