Tiada tambahan kes taun dikesan di Selangor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA tambahan kes positif taun atau kolera dikesan sehingga kini selepas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan seorang wanita dijangkiti wabak itu 21 Oktober lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kes taun itu melibatkan seorang wanita berusia 56 tahun di daerah Petaling.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan telah mengalami gejala cirit-birit teruk dan telah mendapatkan rawatan pada hari yang sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta.

Dr. Sha’ari memaklumkan, kes berkenaan telah dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk dijalankan ujian.

Beliau berkata, keputusan ujian daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan kehadiran bakteria Vibrio Cholerae, serogroup O1 dan serotype Ogawa.

“Susulan daripada itu, semua kontak rapat telah disaring termasuk pengendali makanan yang terlibat. Pengambilan sampel persekitaran juga telah dijalankan.

“Kes juga telah sihat sepenuhnya setelah mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh, namun kita tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan dan tiada kes-kes baharu yang diterima sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 5,162 kes COVID-19, purata seminggu jangkitan naik

Mengulas lanjut, Dr. Sha’ari menegaskan bahawa penyakit kolera berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk sentiasa minum air yang telah dirawat atau air yang telah dididihkan serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencucui tangan.

“Orang ramai juga perlu mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai gejala kolera dan tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan sentiasa memantau situasi semasa di negeri ini bagi membendung sebarang kemungkinan perebakan penyakit kolera,” jelas beliau.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya memaklumkan satu kes kolera telah dikesan di daerah Petaling dan menasihatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This