SEORANG anggota polis berpangkat Sub-Inspektor ditahan selepas melepaskan tembakan sehingga terkena seorang pelanggan dalam sebuah pub di Bandar Puchong Jaya, Puchong, malam tadi.
Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, anggota itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Katanya, polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar tindakan itu.
“Saya sahkan suspek seorang anggota polis dan dia sedang ditahan untuk siasatan lanjut sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Terdahulu, Ketua Polis Serdang A Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati suspek melepaskan satu das tembakan menggunakan sepucuk pistol dan terkena seorang pelanggan lelaki berusia 56 tahun dalam pub berkenaan.
BERITA BERKAITAN Polis tembak mati dua anggota Abu Sayyaf di Sandakan
“Sejurus selepas kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian belakang badan dan lengan kiri dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Suspek mempunyai kebenaran membawa senjata api dan pistol yang digunakan ketika kejadian itu. Senjata itu kemudian dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi di antara kedua-dua pihak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

