Ayob Khan Mydin Pitchay menunjuk suspek yang ditangkap menerusi Op Cahaya pada sidang media di IPK Johor hari ini./ Gambar FB Polis Johor

SERAMAI 16 ahli kongsi gelap pelbagai kumpulan berjaya ditahan polis Johor menerusi Op Cahaya yang dilancarkan mulai 28 Oktober hingga minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek berkenaan yang dikesan mempunyai tatu dan lambang kongsi gelap di badan itu berusia 17 hingga 50 tahun.

“Kesemua yang ditankap ini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan telah direman anatara dua hingga empat hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, keseluruhannya terdapat 30 tangkapan telag berjaya dilakukan dengan 14 terdiri daripada bukan ahli kongsi gelap.

Kata beliau, Op Cahaya pada kali ini memberi tumpuan kepada kes pergaduhan melibatkan kumpulan gansterisme dan bukan kongsi gelap.

“Sepanjang Op Cahaya dijalankan sebanyak 66 kes kekerasan dicatatkan di seluruh Kontinjen Johor,” jelasnya.

Kata Ayob, Op Cahaya dilancarkan bertujuan mengawasi dan memantau keadaan sepanjang musim perayaan agar tiada sebarang bentuk gangguan dan ancaman berlaku.

Menurut beliau sepanjang operasi ini sebanyak 1,348 serbuan dan pemeriksaan dilakukan melibatkan pusat hiburan (353), pusat urut (220) dan lain-lain tempat (775).

Baca: Kongsi gelap babit remaja: Polis tubuh pasukan khas siasat dakwaan

“Hasil daripada serbuan yang dilakukan sepanjang Op Chaya ini, Polis Johor telah membuat tangkapan ke atas 234 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah dan dadah.

“Daripada serbuan dan pemeriksaan, polis telah membuat rampasan pelbagai jenis kereta dan motosikal, peralatan muzik, telefon bimbit, komputer riba, senjata berbahaya dan wang tunai,” tegasnya.

Kata beliau, kesemua suspek disiasat di bawah kesalahan mendatang kecederaan, curi, samun berkumpulan, dadah dan ahli kumpulan haram.

Berita lanjut menyusul.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram