BARISAN Nasional (BN) setakat ini memperoleh kerusi mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 15 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, sebahagian besar kerusi yang mereka menangi adalah kerusi disandang mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selain merampas dua kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi PH.
Memetik laporan BH Online, sorakan kemenangan sudah mula bergema di Bilik Gerakan Utama BN di Ayer Keroh, dengan pemimpin utama BN sudah mula tiba bagi meraikan kemenangan mereka.
Setakat ini, BN memenangi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang dan Merlimau. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

