GARA-GARA beberapa kali pernah tular di laman TikTok, gelagat seorang guru cuba “menafikan” dirinya merupakan individu itu selepas “kantoi” dengan anak murid sendiri mencuri tumpuan warganet sekali lagi.
Menerusi video pendek @yattahmad23, gelagat lucu ketika menafikan persoalan anak muridnya telah menarik perhatian lebih daripada 823,000 ribu tontonan serta menerima lebih daripada 85,000 tanda suka.
Kata Haryati Ahmad perkara itu sememangnya sudah dijangka memandangkan tiga kali dirinya viral di platform tersebut.
“Apabila disoal saya tak terkejut pun sebab ada tiga video saya pernah viral sebelum itu.
“Kali pertama viral tentang saya terbang sambil beri bekas makanan dekat suami, kedua; sambungan video terbang untuk ‘Merdeka Challenge’ dan terakhir kisah acah-acah pergi Switzerland,” kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.
Dalam video pendek itu, kedengaran Haryati cuba menafikan dirinya selepas disoal anak murid di dalam kelas.
“Itu bukan teacher, itu kembar teacher. Siapa percaya? Teacher tak main TikTok”.
Ia kemudian disusuli riuh gemuruh suara anak murid Haryati.
Baca artikel berkaitan: Pemuda ini ajar supaya jangan sebut T pada perkataan Inggeris, 6.4 juta warganet ketawa berdekah-dekah selepas baca komen
@yattahmad23 Hari2 dpt soalan yg sama ?
? original sound – Yatt Ahmad ??
Tambahnya, dia percaya kehadiran dirinya di laman TikTok disedari disebabkan penggunaan gajet sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
“Mungkin kerana mereka (murid) ada akses internet, video-video itu lalu dalam ‘for your page’ masing-masing. Bila naik sekolah, mereka terus panggil saya Teacher TikTok,” ujarnya.
Beliau yang mengajar murid tahap 1 mengatakan gemar berborak dengan anak murid sementara menunggu loceng tamat kelas berbunyi.
“Biasa saya akan tanya mereka buat apa dan pergi mana. Apabila saya viral di TikTok, hari-hari mereka akan tanya tentang video TikTok saya. Namun, saya memang tak akan mengaku itu saya,” ujarnya.
Kata Haryati, pada awalnya mereka percaya itu bukan guru mereka, tapi lama-kelamaan mereka sedar juga.
“Saya saja rekod video berborak dengan mereka itu. Sampai ke sudah saya tidak dapat menepis,” ujar ibu kepada lima orang anak sambil tertawa.
Haryati turut berkongsi meskipun terdapat permintaan daripada beberapa orang muridnya untuk tampil dalam video TikTok miliknya, beliau terpaksa menolak kerana khuatir akan menerima kecaman daripada warganet.
“Ada juga murid yang pernah ajak buat video TikTok bersama-sama. Tapi saya menolak oleh kerana risau akan ada yang tanggapan buruk pula kerana zaman sekarang kalau silap sikit mesti ramai yang kecam,” katanya.
Haryati yang sudah berpengalaman 12 tahun mengajar merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau mengambil keputusan terjun ke bidang pendidikan atas saranan keluarganya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen bahawa mereka terhibur akan kerenah anak muridnya.
“Alaa dah kantoi la teacher,” tulis @diladilo
“Teacher dah nak nangis hahahhhaa,” ujar @haziq
“Hahahah budak sekarang pun dah tengok TikTok,” komen @dahlah
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram