Mufin keju ini memang sedap. Amat sesuai dihidangkan buat anda seisi keluarga. Cara pembuatan tidaklah begitu sukar. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
200 gm tepung gandum
55 gm mentega
2 keping keju | sagat kasar
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar gula
125 ml susu
1/3 sudu kecil serbuk paprika
2 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Cairkan mentega dan asingkan. 2. Kemudian gaulkan tepung gandum, serbuk penaik, gula dan serbuk paprika. Gaul rata.
  2. Dalam bekas yang lain, pukul telur dan mentega sehingga gebu. Masukkan susu dan tepung tadi, gaul sebati.
  3. Tuangkan adunan dalam mangkuk kertas (setengah mangkuk) dan taburkan keju di atasnya. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram