Sedapnya ayam kicap lada hitam ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam organik | buang kulit
dan potong kecil
4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil jintan manis | kisar
halus
1 sudu kecil jintan putih | kisar
halus
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 cm halia muda | mayang halus
1 labu bawang besar | hiris bulat
Sedikit minyak sayuran
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
10 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN

  1. Bersihkan ayam dan dilumur dengan sedikit garam lalu bakar di dalam ketuhar hingga masak.
  2. Panaskan sesudu kecil minyak sayur, tumis bahan kisar dan halia hingga naik bau. Jika terlalu kering, tambah sedikit air atau boleh juga stok rebusan ayam.
  3. Masukkan ayam, kicap, air asam jawa, garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Jika suka tambahkan hirisan cili hijau dan cili merah.
Resipi : Suwarsi M.Arukin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram