SEBELUM ini, kecoh di media sosial mengenai gambar penyanyi dangdut, Amelina memakai set persalinan rona putih di atas pelamin bersama seorang lelaki.
Gambar-gambar yang dikongsi sendiri oleh Amelina menerusi akaun Instagramnya telah menjadi persoalan dalam kalangan peminat mengenai kesahihan majlis pernikahan tersebut.
Namun, segalanya telah terjawab apabila Amelina memaklumkan bahawa foto tersebut adalah antara babak yang dilakonkannya menerusi telefilem terbaru iaitu Akad Ibu Sejadah Rindu.
Kongsi Amelina di Instagram, dia akui sedikit tersinggung dengan kecaman yang diterimanya daripada netizen.
โSentap la, ada yang amin kan! Ada yang kecam dan ada yang kata โsudah tua-tua pun nak kawin keโ.
โIngat kak long tak laku ke? Bersusun tau. Sekali petik 10 yang lari tau.โ tulisnya.
Tambah pemenang tempat keempat Gegar Vaganza musim kelima itu, perkahwinan adalah bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng kerana jika salah pilih pasangan hidup, ia akan memberi kesan kepada individu tersebut.
โIngat, perkahwinan akan jadi perkara terindah tetapi jika anda tersalah pilih perkahwinan akan jadi sejarah terburuk dalam kehidupan kamu,โ jelasnya.
Menurut Amelina, dia memegang watak utama dalam telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu dan telefilem itu bakal ditayangkan tidak lama lagi.
โSebuah telefilem yang menampilkan julung kalinya watak utama untuk kak long yang penuh dengan permainan jiwa dan emosi.
โKadang-kadang kak long rasa bukan Amelina yang memegang watak Sofia itu tetapi Norazlina, seorang manusia yang penuh trauma, penderitaan dan pengorbanan.
โNantikan Akad Ibu Sejadah Rindu di RTM 1 tidak lama lagi,โ katanya.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

