VARIAN baharu COVID-19 iaitu Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan berkemungkinan menyebabkan risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan semula berbanding varian dibimbangkan (VOC) lain.
Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berdasarkan kepada bukti awal yang didapati Kementerian Kesihatan.
Menurut Khairy, sebanyak 20 negara sudah melaporkan pengesanan Omicron sehingga semalam dengan 18 daripadanya merupakan kes import.
Kata beliau, sebanyak 203 daripada 215 kes Omicron juga telah dilaporkan dalam laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID).
Khairy berkata, bukti awal menunjukkan varian berkenaan berkemungkinan menyebabkan risiko lebih tinggi untuk jangkitan semula.
“Apa yang kita belum tahu sehingga sekarang adalah sama ada varian baharu ini akan menyebabkan gejala atau komplikasi lebih teruk.
“Selain itu, sama ada keberkesanan vaksin sedia adalah adalah kurang terhadap varian berkenaan.
“Namun demikian, perkembangan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kepada maklumat dikongsi di peringkat antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan – KJ
Berdasarkan maklumat diperolehi setakat ini, Khairy berkata, varian tersebut disyaki telah berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu yang mempunyai sistem imun rendah.
Pada masa sama, katanya, Omicron mempunyai banyak mutasi termasuk 26 hingga 32 mutasi di spike protein.
Beliau berkata, varian berkenaan juga mempunyai 10 mutasi di protein yang melekat kepada ACE2 receptor yang membolehkan virus masuk ke dalam sel badan.
“Sebagai perbandingan, varian Beta mempunyai 3 mutasi dan varian Delta mempunyai 2 mutasi.
“Varian Omicron ini telah menular pada kadar lebih pantas daripada varian lain. Ini menunjukkan kemungkinan besar ia lebih mudah merebak,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

