Misteri MH370 terbongkar? Bekas jurutera ‘sangat yakin’ temui lokasi sebenar pesawat terhempas

Dari Penulis

KETIKA semua pihak telah melupakan mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ‘hilang’ begitu sahaja lebih tujuh tahun lalu, tiba-tiba media antarabangsa kecoh dengan berita baru mengenai kejadian tersebut.

Portal-portal berita termasuk media terkenal seperti BBC, New York Post, The Times dan sebagainya mula mengeluarkan berita mengenai bukti lokasi yang ditemui oleh seorang bekas jurutera aeronautika dari Britain, Richard Godfrey.

Sejak tujuh tahun lepas, Godfrey dikatakan setiap hari melakukan kajian data mengenai kejadian yang berlaku pada 8 Mac 2014 itu bagi mengensan kemungkinan lokasi terhempasnya pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Beliau telah menggabungkan pelbagai teknologi untuk mendapatkan lokasi tersebut seperti komunikasi satelit, isyarat radio jarak jauh, arus lautan, pencarian bawah laut dan simulasi penerbangan.

“Saya melakuan kajian data selama lapan jam setiap hari sejak tujuh tahun lepas,” katanya yang kini tinggal di Frankfurt, Jerman.

Godfrey yakin lokasi sebenar pesawat itu terhempas adalah terletak kira-kira 2,000 kilometer (km) di lautan barat Perth, Australia, iaitu yang sangat jauh dipilih oleh pemandu pesawat tersebut yang dipercayai bertujuan ‘membunuh diri.’

Beliau berkata, teknik yang digunakannya tidak digunakan oleh saintis sebelum ini iaitu menggabungkan teknologi dari pelbagai bidang seperti data satelit Inmarsat, data prestasi Boeing, data hanyutan serpihan di lautan dan data WSPR.

Katanya, pasukannya telah menjalankan pelbagai ujian daripada hasil penemuan lokasi tersebut dan ‘sangat yakin’ ia adalah lokasi sebenar pesawat itu terhempas.

BERITA BERKAITAN MH370 terjunam ke laut tanpa dikawal

Dalam temuabual bersama Sunrise.com.au, Godfrey berkata, beliau yakin pemandu pesawat tersebut telah merancang dengan teliti untuk membawa pesawat tersebut ke lokasi terpencil dengan misi ‘membunuh diri’ bersama-sama pesawat.

Pencarian secara meluas oleh pelbagai negara dijalankan sejurus selepas pesawat hilang dan pencarian khusus kemudiannya menggunakan peralatan laut dalam yang canggih selama berbulan-bulan juga gagal untuk menemui bukti yang mencukupi untuk merungkai teka-teki.

Godfrey berkata: “Usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer adalah sangat sukar kerana melibatkan kawasan yang sangat luar ibarat mencari jarum di dalam jerami.”

Teori Godfrey menyatakan pesawat itu kini terbenam di dasar laut dengan kedalaman 4,000 meter dalam dan memberi anggaran kawasan carian hanya sekitar 40 batu nautikal.

“Serpihan mungkin berada di sebalik jurang atau tebing di dasar lautan dalam keadaan yang amat gelap,” katanya sambil menyatakan pihak berkuasa boleh menggunakan pelbagai alat pencarian dalam laut yang terdapat sekarang untuk mengesan bangkai pesawat tersebut..

Setakat ini, lebih daripada 30 serpihan pesawat itu telah ditemukan di Lautan Hindi dan beberapa kepulauan Afrika dipercayai dihanyutkan arus laut beribu-ribu kolimeter dari lokasi ia terhempas.

Setakat ini, tiada respons dari pihak berkuasa Malaysia, Australia atau China mengenai penemuan bukti terbaharu ini dan dijangka mereka hanya akan melakukan pencarian tersebut jika para saintis dapat mengesahkan teori terbaharu Godfrey. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This