MALAYSIA Airlines diarah untuk membayar pampasan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira RM1.7 juta) kepada keluarga lapan penumpang pesawat MH370.
Perintah itu dikeluarkan sebuah mahkamah di Beijing, semalam, selepas sedekad pesawat itu dilapor hilang.
Memetik laporan Channel News Asia, Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 47 lagi saman terhadap Malaysia Airlines telah ditarik balik.
Ia selepas keluarga yang terlibat mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan syarikat penerbangan tersebut.
Pada masa sama, sebanyak 23 lagi kes masih dalam perbicaraan.
Waris bagi penumpang yang terlibat “sama ada belum membuat permohonan pengisytiharan kematian atau belum melengkapkan proses pengisytiharan tersebut”.
Lapan penumpang yang keluarganya menerima pampasan telah diisytiharkan meninggal dunia secara sah.
Baca artikel lain: Pencarian pesawat MH370 disambung semula hujung bulan ini
Menurut mahkamah itu, pampasan kepada keluarga lapan penumpang MH370 itu yang diputuskan pada Jumaat lalu merangkumi kos pengebumian, tekanan emosi dan kerugian lain, dengan setiap keluarga berhak menerima lebih daripada 2.9 juta yuan.
Pengumuman mahkamah itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Malaysia mengumumkan bahawa pencarian pesawat MH370 akan disambung semula pada akhir Disember, satu keputusan yang disambut baik oleh Kementerian Luar China serta keluarga mangsa.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Walaupun operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan telah dijalankan, pesawat tersebut masih belum ditemui.
Dua pertiga daripada penumpang merupakan warganegara China, manakala selebihnya terdiri daripada rakyat Malaysia, Indonesia, Australia, India, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

