Pesawat MH21 Malaysia Airlines berpatah balik ke Paris akibat masalah teknikal

Dari Penulis

PENERBANGAN MH21 Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami masalah teknikal, semalam, sebelum berpatah balik dan mendarat semula di CDG dengan selamat.

Perkara itu disahkan Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini.

Menurut Malaysia Airlines, tindakan berpatah balik selepas berlepas adalah sebagai langkah keselamatan susulan pengesanan ketidaknormalan pada petunjuk enjin.

“Penerbangan gantian MH21D dijadualkan berlepas dari CDG pada pukul 1 petang (waktu tempatan) hari ini,” jelasnya.

Malaysia Airlines menambah, sebelumnya pesawat MH21 selamat mendarat di CDG pada pukul 3.35 petang semalam (waktu tempatan).

Terdahulu laporan memaklumkan pesawat A350 itu mengisytiharkan kecemasan sejurus selepas berlepas dari CDG, Paris, semalam.

Penerbangan MH21 berlepas dari CDG pada pukul 11.55 pagi waktu tempatan, kira-kira 45 minit lewat daripada jadual asal berikutan keadaan salji di lapangan terbang berkenaan.

Pada masa sama, menurut Malaysia Airlines, penumpang yang terjejas ditempatkan semula ke syarikat penerbangan alternatif sekiranya ada, manakala sebahagian penumpang lain disediakan penginapan di hotel berhampiran lapangan terbang.

“Malaysia Airlines amat kesal atas segala kesulitan dan gangguan terhadap perancangan perjalanan penumpang. Keselamatan kekal sebagai keutamaan utama Malaysia Airlines,” jelasnya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This