Part II – Percutian lebih hebat dengan diet yang betul

Dari Penulis

Jangan biarkan masalah seperti mabuk kenderaan, gigitan nyamuk, kulit terbakar mahupun ketidakselesaan perut mengganggu. Ikuti pelan diet percutian seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan, Shona Wilkinson, di majalah Health & Fitness berikut:

Gigitan Nyamuk dan Serangga

Penghisap darah seperti nyamuk sebenarnya tertarik kepada karbon dioksida dan asid laktik, gas yang dikeluarkan melalui kulit. Diet yang betul merupakan salah satu cara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri. Ambil makanan yang mengandungi vitamin B1. Nyamuk amat membencinya. Vitamin ini boleh ditemui dalam asparagus, kacang dan tauge.

Vitamin B yang berlebihan dalam sistem anda akan dikumuhkan melalui kulit lalu mengeluarkan bau yang boleh bertindak menghalau serangan nyamuk.

Garam dan makanan yang kaya kalium mampu meningkatkan jumlah asid laktik. Disebabkan itu, beralihlah kepada buah- buahan dan sayur-sayuran yang rendah kandungan kalium seperti beri biru, epal, tembikai dan timun. Jangan ambil pisang atau kentang kerana ia kaya dengan kalium.

Bawang putih juga mempunyai ciri-ciri perlindungan yang ringan kepada anda kerana ia mengandungi sulfur yang dikeluarkan melalui kulit.

Senaman juga sebenarnya meningkatkan jumlah karbon dioksida dan asid laktik yang anda lepaskan. Jadi, berehatlah seketika.

Ruam Panas

Sama ada ia muncul pada dada, perut atau kaki, cegah ia dengan memasukkan antioksidan dalam diet anda. Ruam panas atau ketika keadaan kulit melepuh sedikit berlaku apabila kelenjar peluh disekat dan terkumpul di bawah permukaan kulit.

Ruam ini bukanlah sesuatu yang biasa berlaku, namun terdapat satu daripada enam individu yang mengalami ‘polymorphic light eruption’ (PLE), satu imun yang bertindak balas dalam sel-sel kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Gejala gatal-gatal dan kemunculan bintik-bintik merah berlaku kerana badan menghasilkan histamin sebagai bertindak balas. Quercetin dikenali sebagai anti-histamin dan antioksidan semula jadi. Ambil makanan tambahan seperti BioCare’s Quercetin Plus atau makan lebih bawang merah, epal, tomato dan kacang kira-kira tiga minggu sebelum percutian.

Elakkan mengambil keju, coklat atau makanan yang pedas kerana makanan tersebut mengandungi histamin yang tinggi dan akan memburukkan lagi keadaan ruam. Aloe vera mengandungi kesan penyejukan segera dan merupakan penyembuh yang lembut dan berkesan untuk masalah ruam anda.

Ketidakselesaan Perut

Statistik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat menganggarkan 20 – 50 peratus pelancong akan mengalami masalah cirit birit ketika bercuti. Oleh sebab itu, sebelum perjalanan, kuatkan sistem penghadapan dengan meningkatkan tahap bakteria baik dalam usus. Anda boleh melakukannya dengan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi  probiotik, yogurt, sup atau menambah serbuk spirulina dalam smoothie.

Semasa berada di luar negara, kurangkan rasa sebu perut dengan hanya minum air mineral yang dibawa. Elakkan mengambil ais, melainkan ia dihasilkan daripada air mineral yang dibawa. Sebaliknya amalkan pemakanan buah-buahan yang dikupas sendiri kulitnya. Jauhi makan makanan daging mentah atau yang kurang masak, kerrang (melainkan ia diyakini benar-benar segar) dan produk tenusu.

Jika anda rasa kembung perut atau mengalami masalah sembelit, makan makanan yang kaya dengan serat seperti bijiran penuh, buah-buahan dan kekacang. Minum lebih banyak air dan cuba elakkan makanan yang masin kerana ia akan menyingkirkan pertahanan air dalam badan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This