MANA-mana pengusaha kantin atau dewan makan di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal berdepan tindakan saman sekira berlakunya kes keracunan makanan.
Amarah keras itu dikeluarkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meluahkan rasa kecewa dengan kes keracunan makanan melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan masalah tersebut sekiranya berlaku di institusi pendidikan Mara kerana ia bukan satu kesalahan kecil yang boleh dipandang enteng.
“Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dan keras. Kalau berlaku di MRSM atau mana-mana Institusi Pendidikan Mara, tiada lagi amaran tapi penamatan.
“Tiada lagi rayuan tapi akan diambil tindakan undang-undang dan saman!,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seramai 101 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor mengalami keracunan dipercayai selepas makan ayam goreng dan minuman coklat di kantin sekolah semalam.
Baca artikel lain: http://Anwar Ibrahim ‘man of ideas’
Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui sistem e-pemberitahuan pada pukul 8 pagi semalam apabila lima murid menunjukkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam.
Asyraf Wajdi pada masa sama mengingatkan para pengusaha yang menyediakan makanan supaya tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya mengambil perhatian tentang keselamatan para pelajar.
“Saya cukup kecewa dan marah bila dengar kes-kes keracunan makanan melibatkan anak-anak pelajar akibat keculasan pengusaha kantin atau dewan makan.
“Apa guna untung tapi memudaratkan orang? Apa guna untung tapi tiada keberkatan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

