BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara telah membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion bagi perolehan vaksin buat 30 peratus penduduk negara.
Perkara itu diakui Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut menyifatkan laporan media pada 13 Disember 2020 itu sebagai tidak tepat.
Menurut Khairy, transkrip penuh ucapan Muhyiddin yang diperolehi pihaknya mendapati Muhyiddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Ia berhubung kait dengan laporan berita pada 1 Disember lalu iaitu kenyataan Khairy kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa Muhyiddin telah tersilap cakap apabila mengatakan kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk 30 peratus penduduk negara.
“Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah membangkitkan tentang laporan media yang memetik kenyataan Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu seperti dilaporkan portal Berita Harian, Malaysia dan The Straits Times, Singapura pada 13 Disember 2020.
“Namun, setelah pejabat saya memperolehi transkrip penuh ucapan Muhyiddin, ternyata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ia adalah laporan yang tidak tepat, sekurang-kurangnya oleh dua agensi berita tersebut.
“Bagaimanapun, kesilapan laporan itu tidak diperbetulkan dan boleh diakses sehingga ke hari ini.
“Saya juga ingin mengingatkan para pengamal berita untuk lebih berhati-hati dalam laporan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: KKM siasat punca jangkitan kes indeks Omicron – KJ
Minggu lalu, Khairy dilaporkan berkata Muhyiddin tersilap cakap apabila mengatakan kerajaan akan memberi vaksin kepada 6.4 juta rakyat dengan kos RM3 bilion.
Kenyataan Khairy kepada PAC itu dilakukan pada Januari lalu ketika beliau memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
PAC dalam laporan mengenai perolehan vaksin COVID-19 berkata, ia mengakibatkan kekeliruan kerana kos RM469 bagi setiap individu jauh lebih tinggi daripada angka yang didedahkan Belgium iaitu hanya RM82.40 seorang.
Dalam pertemuan pada 1 Mei, Khairy memberitahu Kah Woh bahawa Muhyiddin telah membuat kesilapan ketika menyatakan harga vaksin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

