SOP PRN Sarawak tidak adil, bertujuan kawal kempen pembangkang dari wabak – DAP

Dari Penulis

DAP mendakwa prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kelihatan lebih bertujuan untuk membendung aktiviti kempen pembangkang berbanding penularan virus COVID-19.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, SOP itu ‘tidak wajar dan tidak adil’, sambil mempersoalkan keputusan membenarkan ceramah diadakan di 64 kawasan yang mempunyai liputan Internet yang lemah.

Penyandang Kota Sentosa itu berkata, walaupun peraturan itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi SOP di negeri ini dirangka oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“SOP (berkaitan ceramah) tidak dirangka dengan tujuan mengawal wabak, tetapi untuk memanipulasi pilihan raya demi keuntungan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya pada satu sidang media, memetik laporan FreeMalaysiaToday.

“Dan, dalam melakukan itu dan melaksanakan SOP, kerajaan GPS, melalui JPBN, mengutamakan kepentingan politiknya berbanding nyawa dan kesihatan rakyat Sarawak,” kata Chong yang juga ketua Pakatan Harapan (PH) Sarawak.

Beliau berkata, kebenaran berkempen di 64 kawasan menunjukkan seolah-olah nyawa rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar tidak begitu penting, sambil memberi amaran bahawa mereka akan lebih terdedah kepada penularan wabak itu.

Katanya, ceramah yang dibenarkan di tempat tertutup juga tidak harus berlaku kerana pakar kesihatan berulang kali menyatakan perhimpunan perlu diadakan di kawasan luar untuk menjamin pengudaraan lebih baik bagi membendung penularan virus.

“Soalan saya kepada Dr Sim Kui Hian, penasihat JPBN adalah: Apa yang telah anda nasihatkan kepada JPBN sehingga ia merangka SOP sedemikian yang tidak membantu dalam usaha membendung wabak?”

Chong, yang bertanding di kerusi Padungan, juga berkata hakikat bahawa 64 daripada 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak mempunyai liputan Internet yang lemah adalah bukti prestasi buruk GPS dalam mentadbir negeri itu sejak 50 tahun lalu.

Chong turut mempersoalkan bagaimana nasib para pelajar yang tinggal di 64 kawasan DUN lemah Internet itu mengikuti pembelajaran dalam talian mereka apabila sekolah-sekolah ditutup dalam tempoh dua tahun lalu. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This