“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil”- Elyana kini bebas kanser

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Elyana yang menghidapi kanser limfoma sejak 11 tahun lalu berkongsi berita gembira perkembangan kesihatannya yang kini sudah bebas dari penyakit kanser yang dihidapinya.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi berita itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, pagi ini.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!,” ujar penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kalis Rindu ini.

Malah, Elyana turut menzahirkan rasa syukur dan gembira kepada Allah oleh kerana doanya dimakbulkan.

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.

“Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah,” tulisnya. 

Terdahulu, Elyana turut memanjatkan rasa syukur atas perkembangan kesihatanya apabila berat badan meningkat daripada 36 kilogram (kg) kepada 50 kilogram (kg).

Menerusi perkongsian terbaru, Elyana turut memaklumkan bahawa dia kini menjalani rawatan kemoterapi untuk sesi kelima.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hujan bukti kuasa indie, konsert ulang tahun ke-20 raih pengiktirafan MBOR

INDUSTRI muzik tanah air melakar satu lagi detik gemilang apabila kumpulan rock indie tersohor, Hujan, secara rasmi diiktiraf oleh...

More Articles Like This