“Sebab tu saya yang melamar suami…,” – Elyana tak kisah digelar perigi cari timba

Dari Penulis

PELAKON Elyana Emrizal mendedahkan di media sosial Instagram bahawa dirinya yang melamar suaminya, Khairul Anuar Husin untuk menjadi pasangan hidup.

Menurut pelakon yang terkenal dengan drama Dunia Baru The Movie itu, tindakan dirinya melamar sang suami pada ketika itu adalah disebabkan cita-citanya ingin berkahwin awal dan menjadi seorang ibu.

Elyana, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, turut menyatakan pada kapsyen foto tersebut bahawa dirinya tidak kisah dengan komen dan kritikan orang lain yang menggelar dirinya perigi mencari timba asalkan hasratnya tercapai.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.

“Sebab tu saya yang melamar suami saya.

“Masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin. Alhamdulillah, tercapai,” katanya.

Dalam pada itu,Elyana turut mendoakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur kepada golongan ibu di luar sana pada kapsyen foto tersebut.

“Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga” tulisnya.

Untuk rekod, Elyana dan Khairul Anuar berkahwin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah yang kini berusia 12 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This