Isu buka tudung, Elyana enggan beri penjelasan, anggap proses kehidupan

Dari Penulis

SPEKULASI mengenai penampilan Elyana,35, yang dikatakan tidak lagi bertudung akhirnya terjawab apabila penyanyi itu tampil tidak berhijab ketika menjayakan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, petang tadi.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut berhubung soal hijab.

“Saya mengambil keputusan tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tak menginginkan penjelasan. Bila saya menjelaskannya, macam-macam versi cerita tidak masuk akal akan keluar.

“Jadi, demi menjaga jiwa dan persekitaran, saya ambil keputusan tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang tidak mahu memahami saya.

“Ini adalah proses kehidupan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya impikan kehidupan lebih baik, setiap hari,” katanya memetik BH Online.

Tiga hari lalu, Elyana mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar tidak berhijab dalam laman Instagram (IG).

Penyanyi Kalis Rindu itu berkongsi gambar memakai baju sweater yang tertera Jadi Diriku.

Dalam pada itu, Elyana enggan menghiraukan pandangan serta persepsi orang ramai terhadap dirinya.

“Dahulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat. Baik buruk biarlah saya sendiri yang menanggungnya.

“Jika boleh terima, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, tak mengapa kerana saya tidak ada apa-apa masalah, tetapi, inilah diri saya.

“Jika masih ada yang mendoakan, saya berharap doa itu berbalik pada anda.

“Kalau rasa doa tidak layak untuk saya, namun, saya tetap berdoa agar urusan anda dipermudahkan Allah. Biarpun sekali pun anda tidak rasa apa yang saya lalui. Saya doakan yang baik-baik untuk semua,” ujarnya.

Pada Disember 2021, Elyana berkongsi bahawa dirinya sudah bebas daripada  kanser limforma selepas 12 tahun menghidap penyakit tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This