“Takkan saya bersama cucu 24 jam?” – Najib akui bermain golf bersama jutawan di Singapura

Dari Penulis

HARI ini tular gambar Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar di hadapan sebuah kereta mewah dan bermain golf dengan seseorang ketika berada di Singapura, baru-baru ini dengan pertanyaan: “Bertemu cucu di Singapura”.

Sebagai seorang yang popular di media sosial, sudah tentu bekas Perdana Menteri itu akan segera menjawab persoalan tersebut miliknya.

“Ini pun jadi isu? Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura?” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November untuk menemani anaknya, Nooryana Najwa di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua.

Selain melawat cucu, Najib mengakui turut bermain golf ketika berada di Singapura setelah mendapat pelepasan sementara pasportnya baru-baru ini.

Najib yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi, mengakui bermain golf bersama seorang jutawan Singapura yang dikenalinya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Susulan tular gambar beliau bersama jutawan Sam Goi Seng Hu – pemilik projek Sutera Harbour di Sabah – Najib membidas pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan masa peribadinya yang terluang ketika berada di Singapura.

Mengulas lanjut mengenai gambar beliau bersama jutawan itu di padang golf di Singapura, Najib berkata Sam Goi kini berada di tempat ke-23 dalam senarai Forbes paling kaya di Singapura dengan kekayaan AS$1.7 bilion.

“Ya, kereta Rolls-Royce itu adalah milik dia.

“Dia juga telah melabur di Malaysia dan kini memiliki projek Resort Sutera Harbour di Sabah,” kata Najib.

Katanya, jutawan itu memberitahu bahawa beliau (Sam Goi) adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan telah meminta untuk diperkenalkan kepadanya.

“Masa kita bertemu, dia banyak meminta pandangan saya tentang hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sebab dia ingin lebih melabur di Malaysia.

“Adakah ianya salah bagi saya untuk gunakan masa peribadi saya untuk beri pandangan saya kepada pelabur asing yang ingin melabur ke Malaysia biarpun saya bukan PM lagi dan bukan Menteri?,” soal Najib. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This