PLATFORM digital IslamicTunes semalam telah menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat A&M Berkat Travel Tours SB bagi membolehkan mereka melaksanakan Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash.
Nash mengatakan, beliau turut akan mengetuai dan membawa jemaah-jemaah umrah yang terlibat di dalam program tersebut bersama-sama Datuk Radzi Mansor yang merupakan ketua program umrah eksklusif itu.
“Program umrah yang dianjurkan oleh Radzi telah bermula pada awal Disember lalu dan giliran saya pada 20 Januari tahun depan,” katanya pada majlis pelancaran gig@islamictunes.
Tambahnya, beliau bukan duta kepada program tersebut tetapi hanya artis yang dijemput untuk membawa jemaah umrah.
“Saya anggap ini adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepada saya dan alhamdulilah, saya sangat bersyukur,” ujarnya dan menambah ia merupakan umrah keempat buat dirinya.
Baca artikel berkaitan: JOOX lancarkan lagu Jalan, kolaborasi bersama 15 artis tempatan
Katanya, dirinya sudah lengkap divaksin dan yakin Arab Saudi pasti akan memeriksa semua jemaah umrah yang ingin ke tanah suci.
“Oleh itu, kita perlu ikut SOP dan peraturan yang ditetapkan oleh Arab Saudi dan negara kita,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini, Nash berkata, dia sedang sibuk dengan pertandingan Hijrahkan Laguku.
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Program Umrah Eksklusif Bersama Datuk Nash pada 20 hingga 29 Januari tahun depan boleh berhubung terus dengan Radzi di talian 017-7539106.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

