PELAKON Elisya Sandha membuat kejutan sempena hari kelahiran suami tercinta, Uzair Haqimy dengan menghadiahkan sebuah motosikal gaya cafe racer jenama GPX Racing.
Elisya yang juga merupakan menantu kepada penerbit terkenal, Sheila Rusly dan Azman Yahya atau mesra di sapa Jinggo turut meluahkan kerisauan terhadap suaminya menunggang motosikal namun tetap memberi kejutan tersebut demi kebahagiaan Uzair.
โDapatkan sebuah motosikal untuk hari lahirnya. Walaupun sebenarnya risau dia naik motor, tapi dia hari-hari tengok motosikal cafe racer, kita pun kesian tengok. Selamat hari lahir. Semoga awak suka akan hadiah ini,โ ujar Elisya di laman Instagramnya.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Uzair pula, dia menzahirkan terima kasih dan rasa bersyukur atas hadiah yang diterima sempena hari lahirnya.
โHadiah hari jadi saya datang awal tahun ini. Terima kasih kepada isteri, Elisya Sandha untuk ini (motosikal GPX Legend 150s).
โTahun ini tengok ramai pula mula main โsuperbikeโ. Jadi memang ada hajat nak tukar main cafe racer pulak.
โIsteri saya ini tanpa melengahkan masa terus cari satu cafe racer untuk saya, ya Allah.
โMacam mana saya boleh jadi bertuah begini. Alhamdulillah syukur! Terima kasih kepada papa dan mama juga kerana membantu,โ ujarnya terharu.
Untuk info, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada 25 Ogos lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dengan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

