sprm

REMAN seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis berhubung kes rompakan berkumpulan di ibu negara pada Jumaat lalu, disambung lima hari lagi sehingga Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata seorang lagi individu yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini, 17 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Kes rompak RM700,000, pegawai SPRM direman – Polis

Kes rompak berkumpulan, SPRM sahkan pegawainya ditahan polis

Sebelum ini, pegawai SPRM itu dan individu berkenaan direman empat dan tiga hari bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan nilai RM700,000 di Kuala Lumpur.

Memetik laporan media, dalam kejadian 12 tengah hari Jumaat lalu, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan di Ampang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram