Perdana Menteri terima kunjungan hormat Setiausaha Negara AS

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Ismail Sabri dan Blinken mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam bermula 2.30 petang.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah. 

Blinken tiba di Malaysia malam tadi untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.

Baca: Amerika Syarikat puji cara Malaysia tangani COVID-19

Perdana Menteri terima kunjungan Setiausaha Perdagangan AS

AS mula menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957.

Washington dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

Antara Setiausaha Negara AS yang pernah melawat Malaysia ialah Mike Pompeo pada Ogos 2018, Rex Tillerson (2017), Hillary Rodham Clinton (2010) dan Condoleezza Rice (2006).

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Scotland raih tiga mata, Haiti beri tentangan sengit

SCOTLAND mungkin meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Haiti dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia...

More Articles Like This