Transaksi tol RFID dilaksana di PLUS mulai 15 Januari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TRANSAKSI tol menggunakan teknologi Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan kepada kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai 15 Januari depan.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan, pelaksanaan itu akan menyaksikan seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di Pantai Barat Semenanjung akan menyediakan lorong RFID.

Katanya, ia bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuh raya.

Menurut Kementerian Kerja Raya, transaksi tol RFID merupakan langkah ke arah mengurangkan kesesakan di plaza tol.

“Ia bertepatan dengan keperluan dan kehendak pelanggan lebuh raya serta selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

“Pelaksanaan RFID ini juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) termasuk pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kementerian Kerja Raya memaklumkan kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun akan dihentikan secara berperingkat.

Baca artikel berkaitan: UEM Edgenta, PLUS bekerjasama dalam penyelesaian digital operasi penyelenggaraan lebuh raya

Kementerian Kerja Raya berkata, ia akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuh raya sebelum pelaksanaan MLFF.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

“Pengguna boleh mendapatkan tag RFID secara dalam talian menerusi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang dilantik untuk memasangnya sendiri.

“Pembelian dan pemasangan tag itu juga boleh dibuat di 39 pusat pemasangan tag di seluruh Semenanjung.

“Jumlah pusat jualan dan pemasangan ini akan ditambah bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan tag RFID bagi memudahkan pengguna beralih kepada sistem pembayaran RFID,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This