Ambil iktibar sirah Nabi Ibrahim supaya tidak putus harapan pulih negara – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KELUARGA Malaysia perlu mengambil iktibar daripada sirah Nabi Ibrahim agar tidak terus putus harapan dalam memulihkan negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia penting supaya diberikan keberkatan untuk terus memperkukuh institusi keluarga dan negara.

Pada masa sama, kata beliau, kisah Nabi Ibrahim boleh dijadikan iktibar untuk terus bergerak membina ayah, keluarga serta negara yang lebih baik bagi mengemudi serta menghadapi dunia.

“Kita tentu pernah mendengar kisah Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anak kecilnya, Ismail di bumi tandus.

“Namun, atas kekuatan tauhid seorang suami kepada isterinya yang kemudian mendidik Ismail, akhirnya bumi yang gersang itu disirami keberkatan sehingga Mekah menjadi tanah suci yang dikunjungi berbondong-bondong manusia dari seluruh pelosok dunia.

“Dari lembah itu juga telah lahir pemimpin-pemimpin yang hebat daripada keturunan Nabi Ibrahim untuk memimpin dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena World #QuranConvention kali kedua bertemakan ‘Fatherless Homes’, Rumah Tanpa Ayah, #AdaBagaiTiada, #TiadaBagai Ada secara maya hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM seru usahawan wanita terap semangat Keluarga Malaysia martabat ekonomi

Konvensyen selama dua hari itu mengangkat Surah Al-Mulk menjadi surah tematik untuk membina kembali pemikiran dan karakter para ayah.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, peranan ayah dalam membentuk institusi keluarga berteraskan al-Quran amat besar apatah lagi terdapat 114 kali dialog antara seorang ayah dan anak disebut dalam kitab suci tersebut.

Ismail Sabri memaklumkan, ia menjadi satu permulaan untuk mengukuhkan hubungan ahli keluarga menuju kebaikan.

Katanya, pengorbanan seorang ayah tidak dapat dinafikan, memberi nafkah dan bertanggungjawab untuk menyempurnakan keperluan hidup, kewangan serta pendidikan.

“Ayah ada mahupun tiada, miskin atau kaya, berpendidikan atau tidak, tetap seorang pemimpin kepada keluarga yang perlu menjadi contoh ikutan kepada isteri dan anak-anak.

“Hasrat untuk melahirkan generasi hebat yang akan mencorakkan dunia di dalam negara dan di persada antarabangsa bermula daripada peranan ayah sebagai pemimpin keluarga.

“Saya kira konvensyen selama dua hari dengan topik tentang kebapaan ini bakal menjadi momentum perubahan dalam melahirkan ayah yang mampu memainkan peranan untuk membina keluarga baik sehingga terbina negara yang sejahtera,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This