Penubuhan Srikandi Muda kukuhkan Bersatu, dekati beliawanis – Rina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENUBUHAN sayap terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Srikandi Muda diyakini mampu mengukuhkan lagi parti berkenaan dengan mendampingi golongan beliawanis.

Pada masa sama, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkara itu dapat dijayakan menerusi program-program dan platform yang sesuai dengan usia mereka.

Menurut Rina, Srikandi Muda sebelum ini hanya merupakan sebuah biro wanita dalam kalangan beliawanis yang menjadi sukarelawan membantu program kebajikan sayap Srikandi.

“Biro ini hanya ditubuhkan setahun yang lalu iaitu pada 27 November 2020 di bawah kepemimpinan Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan kini sudah tiba masanya diberikan pengiktirafan sebagai sayap parti serta didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Berbeza dengan parti lain, dulu kalau nak buka sayap parti baharu terpaksa bertegang urat tetapi kita di Srikandi bukan hanya mencadangkan malah mengalu-alukan untuk menubuhkan sayap baharu supaya kita lebih gagah bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Persidangan Agung Tahunan (PAT) Srikandi Bersatu, hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN Melaka buka mata rakyat PN serius pimpin negara – Ahmad Faizal

Mengulas lanjut, Rina turut berharap supaya kekuatan dan kerjasama Wanita Perikatan Nasional (PN) diperkukuhkan bukan hanya di peringkat pucuk pimpinan tertinggi sahaja tetapi diperluas ke peringkat akar umbi.

Rina turut berharap jentera Srikandi terus mempromosi jenama PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Usah terperanjat jika ada dalam kalangan pengundi yang belum kenal apa itu PN. Saya sendiri menerima banyak laporan daripada jentera Srikandi semasa di PRN Melaka bahawa logo PN tidak dikenali secara menyeluruh.

“Saya juga menyeru kakak-kakak dan adik-adik saya semua di peringkat cawangan agar dapat memulakan langkah awal dengan mengeratkan silaturrahim dan bekerjasama dengan rakan komponen supaya berada dalam satu landasan persediaan menuju PRU-15,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This