Sedapnya daging dendeng ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Cef bankuet & katering Hotel Royal Kuala Lumpur, Muhamad Rasek Ariffin ini.
BAHAN
500 gm daging โ potong nipis, ketuk dan rebus
3 batang serai โ tumbuk
2 cm halia โ hiris nipis
2 keping asam gelugur
2 sudu besar bawang putih – kisar bersama bawang merah
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak masak
10 tangkai cili โ kisar kasar
3 ulas bawang merah – kisar kasar
4 tomato ceri โ belah dua
100 ml air
Garam dan gula
CARA
1.Perap daging dengan sedikit serbuk ketumbar dan kicap manis. Perap selama satu jam. Selepas itu goreng sehingga garing. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dikisar bersama bawang putih, serai, halia dan cili yang dikisar kasar bersama bawang merah sehingga naik bau.
3.Selepas itu masukkan air, asam gelugur dan air asam jawa. Gaul rata.
4.Akhir sekali, masukkan daging dan tomato ceri. Gaul sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

