SEORANG wanita mangsa banjir di Hulu Langat meluahkan kekecewaannya apabila mendakwa tiada satu pun agensi kerajaan bertindak pantas memberi bantuan ketika air mula naik melepasi bumbung rumah, Ahad lalu.
Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, wanita tersebut meluahkan perasaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika melawat mangsa banjir.
Menurut wanita tersebut, tiada tindakan diambil oleh agensi kerajaan sewaktu keadaan kritikal walaupun panggilan telah dibuat untuk meminta bantuan.
Kata wanita itu, hanya Angkatan Pertahanan Awam (APM) datang menolong, namun difahamkan hanya menghantar tiga bot untuk seluruh kawasan Hulu Langat.
“Kami menelefon semua agensi kerajaan tapi tiada tindakan diambil semasa dalam keadaan kritikal. Kenapa datang pada pagi air sedang surut, pada masa keadaan kritikal, air dah sampai tahap bumbung rumah, tiada datang menolong.
Baca artikel berkaitan: Empat lagi kematian akibat banjir di Taman Sri Muda
“Pada tahun 2014, saya juga salah seorang mangsa banjir, air hanya keadaan paras paha tetapi tentera ada menolong kami.
“Masa keadaan kritikal Ahad lalu, tiada sebarang agensi datang menolong kami kecuali APM. Sunyi sepi,” luah wanita tersebut.
Wanita berkenaan turut memberitahu, hanya tiga individu warganegara Indonesia sanggup menolong mendayung sampan bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap.
“Tiga orang rakyat Indonesia menolong kami mendayung sampan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap atas bumbung rumah daripada 12 tengah malam sehingga 5.30 pagi.
“Itu yang menolong kami. Di mana agensi kerajaan pada masa itu?
“Sampai saya terpaksa meminta bantuan daripada salah seorang sahabat untuk muat naik di Twitter,” kata wanita berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

