Pelajar wanita UUM putus kaki terkena kipas bot sewaktu latihan amali menyelam di Caribbean

Dari Penulis

SEORANG pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sedang menjalani latihan di pusat latihan menyelam Dive Division Curacao, Caribbean putus kaki kanan selepas terkena kipas bot dalam kejadian pada Rabu lalu.

Mangsa, Nur Nabilah Mohd Azhar, 25, kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Curacao, Venezuela.

Penuntut tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) itu sudah tiga bulan berada di negara itu sejak berlepas ke sana pada 24 September lalu.

BAPA dan ibu Nur Nabilah Mohd Azhar akan diterbangkan ke Carribeean untuk menziarah anaknya dengan tajaan UUM. – Foto Astro AWANI

Menurut bapa mangsa, Mohd Azhar Zakaria, 58, kaki kanan anaknya itu terpaksa dipotong manakala lengan kanannya pula retak.

Menurut laporan Astro Awani, anak bongsu dari empat beradik itu sedang menjalani latihan amali selama enam bulan di negara berkenaan.

Katamya, dia terkejut sebaik mengetahui kejadian itu daripada isterinya yang memaklumkan anak mereka kemalangan pada jam 11 malam (waktu tempatan).

“Saya sampai, dia (isteri) menangis. Saya kata habis lah anak aku. Ya Allah, dia kata anak kita habis, kaki dia hancur dah kena kipas. Saya kata Ya Allah, lepas tu saya cuba bagi dia tenang, kalau kita menangis air mata darah pun tak boleh buat apa benda dah jadi dah. Cuma kita berdoa bagi dia selamat,” katanya.

Sementara itu isterinya Nor Manira Khalib, 57, berkata dia mengetahui kejadian sebaik menerima panggilan dari kenalan anaknya di sana yang dikenali sebagai “Seal”.

Ketika kejadian anaknya sedang melatih dua doktor warga asing teknik menyelam sebelum kaki kanannya terkena kipas bot.

BERITA BERKAITAN Pelajar mesti berakhlak mulia, warden bukan kayu sakti selesai buli

Dia dan suami berharap dapat berlepas ke negara itu namun tidak mempunyai wang yang mencukupi yang mencecah hampir RM40,000.

“Kami hendak tahu kesihatan dia, keadaan dia macam mana. Asyik tanya daripada sana macam mana dari semasa ke semasa, tanya dia minta gambar apa semua, setiap waktu,” katanya.

Kejadian menimpa Nur Nabilah ini turut mendapat perhatian Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Dr Hendrik Lamsali yang mengunjungi rumah keluarga penuntut itu di Kampung Alor Janggus, Alor Setar hari ini.

Dr Hendrik berkata, pihaknya bersetuju untuk menanggung perbelanjaan ibu bapa Nur Nabilah dan seorang pengiring dari UUM ke Carribean untuk melihat keadaan penuntut berkenaan.

Tambahnya, Nur Nabilah adalah penuntut tahun akhir di UUM dan dimaklumkan sudah pun ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkenaan di sana.

“Sekarang ini kita tumpu dia punya pemulihan , kemudian tengok macam mana, kalau doktor kata ok, boleh balik Malaysia dan kita akan bawa balik.

“Kita pun berhubung dengan pejabat kedutaan di sana, dengan kedutaan Venezuela pun sudah, dengan Wisma Putra pun sudah, dengan pihak insurans pun kami telah berhubung. Banyak perkara sudah buat. Di UUM satu pasukan petugas khas juga dah dibuat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This