PENUNTUT Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Nabilah Mohd Azhar, 25, yang putus kaki kanan dalam kemalangan terkena kipas bot ketika menjalani latihan amali di Carribean, Venezuela kini telah sedar dan semakin sihat.
Bapa penuntut itu, Mohd Azhar Zakaria, 58, berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan rawatan anaknya, doa-doa daripada orang ramai dan berharap Nur Nabilah boleh dibawa pulang untuk rawatan di negara ini.
“Saya menzahirkan kesyukuran kerana pihak UUM dan orang ramai banyak membantu dari segi sumbangan dan doa untuk anak bungsu kami ini segera sembuh.”

Mohd Azhar juga memaklumkan, isterinya, Nor Manira Khalib, 57, akan berlepas ke Carribean, Venezuela esok dengan ditemani pegawai pengiring UUM untuk melihat keadaan anak bongsu mereka di sana.
BERITA BERKAITAN Pelajar wanita UUM putus kaki terkena kipas bot sewaktu latihan amali menyelam di Caribbean
“Segala persiapan telah dilakukan termasuk pasport dan visa yang diuruskan phak UUM dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela,” katanya memetik laporan Astro AWANI.
Jumaat lalu, media melaporkan Penuntut tahun akhir Ijazah Pengurusan Pelancongan di UUM, Sintok itu putus kaki kanan dan retak lengan kiri akibat terkena kipas bot sewaktu menjalani latihan menyelam di Dive Division Curacao, Carribean, 28 Disember lalu.
Nur Nabilah sedang menjalani latihan industri di negara berkenaan selama enam bulan sejak 24 September tahun lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

