Tahniah! Ikmal Amry dan isteri selamat timang cahaya mata perempuan

Dari Penulis

PELAKON Ikmal Amry dan isteri tercinta, Najla Shamsul selamat menimang cahaya mata yang juga merupakan seorang perempuan, semalam.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh bekas peserta Hero Remaja 2017, Mohd Zulikmal Amry Ghazali atau Ikmal, melalui sebuah hantaran foto dirinya mengendong puteri sulung yang di muatnaik di laman Instagramnya.

“Assalamualaikum sayang daddy! ? Alhamdulillah syukur atas nikmat tak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.

Malah, Ikmal turut meluahkan rasa syukur atas anugerah berharga yang diberikan kepadanya dan sangat terharu akan pengorbanan yang dilakukan oleh isteri tercinta.

“Rasa tidak percaya. Macam mimpi. Dalam pada masa yang sama bersyukur juga sebab dikurniakan rezeki yang tak ternilai.

“Sedih pun ada juga bila melihat pengorbanan isteri dan terharu sebab dah dapat anak. Perasaan itu bercampur baur.

“Bayi kini masih di hospital dan Insya-Allah mungkin esok dah boleh keluar,” kata Ikmal menerusi laporan Gempak.

Difahamkan, bayi perempuan selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada jama 12.41 tengah hari Khamis, semalam.

Rata-rata rakan artis dan netizen di ruangan komen turut menzahirkan ucapan tahniah dan gembira atas berita yang dikongsi oleh Ikmal.

“Alhamdulillah! Tahniah Ikmal & isteri,” @bellaastillah
“alhamdulillah.. tahniah Am,” @alifsatar

“Tahniah bradahh,” @nadzmiadhwa

Buat info, pasangan sama cantik sama padan ini disatukan pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This