2 individu kes saman fitnah Siti Nordiana mohon dibicara ke Mahkamah Tinggi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SAM Musyadzafar (Sam Samin), 43 dan Razidah Ahmad (Aida G.), 42, selaku defendan keempat dan kelima dalam kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana yang menuntut RM2.5 juta sebagai pampasan daripada lima orang defendan, memohon supaya kes saman sivil yang dihadapi mereka dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima tersebut berkata, kes itu perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana jumlah tuntutan melebihi RM1 juta dan harus dibicarakan di mahkamah yang betul.

ARTIKEL BBERKAITAN : Kes saman fitnah siber: Siti Nordiana naik mahkamah, Zoey Rahman jadi saksi, Proses mediasi gagal, Siti Nordiana bawa kes fitnah siber ke mahkamah , Kes saman RM2.5 juta Siti Nordiana terhadap 5 individu dibicara 29 September

“Kes ini tidak sepatutnya difailkan oleh Siti Nordiana di Mahkamah Sesyen kerana jumlah pampasan yang cuba dituntut ialah sebanyak RM2.5 juta iaitu melebihi jumlah bidang kuasa mahkamah,” kata Nurul Hafidzah.

Permohonan yang dibuat oleh Sam Samin dan Aida G. itu dibantah oleh Siti Nordiana di Mahkamah Sesyen namun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tersebut dan ke semua perbicaraan telah diarahkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tambah Nurul Hafidzah, Mahkamah Tinggi telah menetapkan pendengaran permohonan dilakukan pada hari ini, 3 Januari melalui aplikasi Zoom.

Sekiranya permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi diluluskan, kes saman fitnah tersebut tidak lagi akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada 4 Januari (esok) seperti yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This