Penangguhan sebabkan pengendali umrah tutup operasi – BUMITRA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENANGGUHAN umrah mulai 8 Januari ini dikhuatiri akan mengakibatkan banyak syarikat pengendali ibadah itu terpaksa menutup semula operasi perniagaan.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu berkata, ia kerana kebanyakan syarikat pengendali umrah tidak mampu membayar tuntutan bayaran kepada jemaah.

Pada masa sama, kata beliau, penangguhan itu juga menyebabkan risiko tidak mendapat pulangan tuntutan semula pembatalan atau penangguhan tiket penerbangan, tempahan hotel di Tanah Suci dan caj visa umrah daripada Arab Saudi.

Menurut Harun, keputusan terburu-buru dilaksanakan kerajaan itu juga menyebabkan kerugian besar serta memberi implikasi kos pembatalan tinggi kepada jemaah.

Katanya, kos pembatalan atau penangguhan yang telah dibayar sebelum jemaah ke Tanah Suci merupakan antara faktor yang perlu ditanggung pengendali umrah.

“Untuk makluman, sebahagian besar jemaah umrah yang akan menunaikan ibadah ini merupakan jemaah yang tertunda kesan daripada penularan pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan Arab Saudi pada 20 Mac 2020.

“Visa umrah yang telah dikeluarkan biasanya hanya diberikan sebulan tempoh sah laku dan sekiranya ditangguhkan serta tidak diberi tempoh masa, maka kita bimbang visa ini tamat tempoh dan perlu diperbaharui dengan kos tambahan kepada jemaah.

“Kos kuarantin di pusat kuarantin yang akan dikenakan kepada jemaah yang pulang ke tanah air bermula hari ini juga merupakan kos tambahan di luar jangka yang akan ditanggung jemaah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: BUMITRA tidak setuju umrah ditangguhkan, sebaliknya hanya perlu ketat SOP

Mengulas lanjut, Harun berkata, keputusan pembatalan kuarantin di rumah dilaksanakan Kementerian Kesihatan juga telah mengakibatkan jemaah umrah perlu menanggung kos bayaran tambahan.

Beliau berkata, kos kuarantin tersebut tidak terkandung dalam pakej umrah dan mengakibatkan jemaah yang tiada kemampuan menghadapi kesukaran melalui proses kuarantin di stesen kuarantin hotel.

Sehubungan itu, Harun memaklumkan, pihaknya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha memperketat prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah.

“Ia bertujuan memberi peluang serta harapan kepada jemaah dan pengendali umrah bagi mengelakkan kerugian lebih besar dari segi kewangan yang perlu ditanggung serta tekanan emosi jemaah atas pengumuman penangguhan sementara ini.

“BUMITRA juga merayu kepada MOTAC dan KKM agar menjalankan kajian terperinci demi kepentingan rakyat dalam usaha memberi peluang jemaah melakukan ibadah sejak dibenarkan pada Oktober 2021,” jelas beliau.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan penularan jangkitan COVID-19 di Arab Saudi, khususnya membabitkan varian Omicron.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This