BUMITRA tidak setuju umrah ditangguhkan, sebaliknya hanya perlu ketat SOP

Dari Penulis

PERSATUAN Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) tidak bersetuju ibadah umrah ditangguhkan serta-merta susulan penularan varian Omicron, sebaliknya memohon supaya prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan.

Naib Presiden Haji dan Umrahnya, Shamsulnidza Mudari, berkata apabila ibadah itu ditangguhkan, langkah itu jelas akan mengundang pelbagai implikasi buruk terhadap rantaian penggiat industri pelancongan.

Justeru, beliau berkata, pihaknya terbuka untuk berbincang dengan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai SOP yang boleh diguna pakai bukan sahaja membabitkan jemaah umrah, malah pengembara.

“BUMITRA meminta KKM tidak menangguh ibadah umrah secara serta-merta tanpa merujuk kepada BUMITRA sebagai wakil industri pengendali pelancongan dan umrah yang diiktiraf Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Mewakili 579 agesi pelancongan Bumiputera yang berdaftar dengan BUMITRA memberitahu tindakan yang perlu bagi membendung penularan COVID-19 terutama varian Omicron yang sekarang dikatakan lebih menular dalam kalangan jemaah umrah adalah dengan memperketatkan SOP.

“Ia termasuk tidak membuat sebarang tindakan yang bakal merugikan penggiat industri pelancongan termasuk agensi pelancongan dan syarikat penerbangan malah kepada jemaah umrah sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan penularan jangkitan COVID-19 di Arab Saudi, khususnya membabitkan varian Omicron.

BERITA BERKAITAN Ancaman Omicron: Malaysia tangguh sementara ibadat umrah mulai 8 Januari – Khairy

Shamsulnidza berkata, sebelum ini juga pihaknya tiada masalah mematuhi SOP ditetapkan MOTAC dan KKM seperti melakukan ujian saringan COVID-19 72 jam sebelum berlepas dan 48 jam selepas pulang.

Selain itu, katanya jemaah yang positif di Makkah akan dikuarantin dan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 sekali lagi sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, jemaah umrah diminta untuk melakukan pengasingan kendiri di rumah melalui aplikasi KKM, sekali gus menunjukkan semua langkah pencegahan yang ditetapkan, dipatuhi agensi pelancongan.

“Agensi pelancongan menyokong KKM jika terdapat keperluan untuk memberikan vaksin penggalak kepada jemaah umrah bagi melindungi diri dari dijangkiti.

“BUMITRA merayu kepada pihak berwajib agar menjalankan kajian lebih terperinci demi kepentingan rakyat bagi memacu ekonomi industri umrah supaya dapat membuat keputusan terbaik agar industri terus berkembang.

“Penangguhan ibadah umrah sebelum ini telahpun mengakibatkan banyak agensi pelancongan terpaksa gulung tikar. Pembukaan umrah yang dibenarkan pada Oktober membantu merancakkan semula ekonomi yang terkesan akibat penutupan sempadan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This