SURAU As Sobirin, Sungai Buloh Country Resort (SBCR), Selangor mengadakan misi bantuan pasca banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan dan Kampung Baru HICOM, Selangor, baru-baru ini.
Kira-kira 20 sukarelawan yang terdiri daripada ahli kariah surau tersebut diketuai Pengarah Misi Bantuan Banjir Surau As Sobirin, Datuk Kamal Malik serta Pengerusi surau, Fakhrudin Husain turut menyertai misi tersebut.
Menurut Kamal, pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, peralatan dapur, kitab al-Quran, sejadah dan telekung solat serta bantuan wang tunai disumbangkan kepada kira-kira 30 keluarga yang terkesan teruk di dua buah kampung iaitu Kampung Serian Batu 11 dan Kampung Limau Kasturi.
Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah hasil derma orang ramai kepada Tabung Mangsa Banjir Surau As Sobirin yang diaktifkan setiap kali tiba musim banjir.
“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Global Peace Malaysia turut menyumbang kotak-kotak makanan untuk diberikan kepada penduduk di dua buah kampung yang terletak di pedalaman Gua Musang itu.
“Keadaan di kampung tersebut sungguh menyayat hati, sebahagian besar rumah rosak teruk menyebabkan majoriti penduduk kampung kehilangan harta benda manakala jalan utama yang menghubungkan mereka dengan dunia luar juga hampir terputus,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Banjir tambah buruk, jumlah mangsa di PPS terus naik
Sementara itu, Fakhrudin berkata, sukarelawan Surau As Sobirin turut menyumbang kira-kira 300 pek makanan segar kepada mangsa-mangsa di Kampung Baru HICOM yang teruk dilanda banjir.
Menurut beliau, misi bantuan pasca banjir ini akan diteruskan ke beberapa lagi kawasan yang telah dikenal pasti minggu depan.
Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Khas Banjir Surau As Sobirin Bank Islam 12168010016979.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

