Tindakan terhadap Lalitha lindungi reputasi – Azam Baki

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan telah memulakan tindakan undang-undang seperti yang ditegaskannya dalam sidang akhbar khas, semalam.

Tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai ‘Lalitha Kunaratnam’ itu dilakukan kerana tuduhan palsu dan berniat jahat yang dibuat terhadap dirinya secara peribadi, keluarga dan SPRM.

Azam dalam kenyataan memaklumkan telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Lalitha bagi melindungi kedudukan baik dan reputasi profesionalnya.

Menurut Azam, tindakan tersebut diambil selepas mendapat nasihat peguamnya.

“Saya mengulangi bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan atau membuat dakwaan palsu dan berniat jahat terhadap saya atau ahli keluarga.

“Saya memandang serius pelbagai tuduhan palsu dan berniat jahat yang dibuat terhadap saya secara peribadi, keluarga dan juga SPRM,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Lalitha menerusi akaun Twitternya mengesahkan telah menerima surat tuntutan daripada Azam.

Baca artikel berkaitan: Lalitha Kunaratnam terima surat tuntutan daripada Azam Baki

Menerusi surat bertarikh 6 Januari itu, Azam mengemukakan surat tunturan menerusi firma guaman Zain Megat dan Murad.

Surat tuntutan berkenaan berkaitan artikel dipercayai ditulis Lalitha yang mendakwa Azam mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat.

“Saya telah menerima surat tuntutan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya ringkas dalam ciapan di Twitter.

Dalam sidang akhbar khas semalam, Azam menegaskan tohmahan ke atasnya sebagai satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, Azam berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This