Laporan siasatan Azam Baki wajib didedahkan – Tuan Ibrahim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LAPORAN siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki wajib didedahkan kepada orang ramai.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hal itu kerana laporan siasatan oleh jawatankuasa khas yang diketuai Peguam Negara sudah selesai.

Katanya, ia sudah dibentangkan di Kabinet dan sudah dirujuk kepada Ketua Setiausaha Negara namun, rakyat masih dalam gelap.

“Hari ini, Bloomberg melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak segera mendedahkan laporan siasatan terhadap pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, kepada orang ramai.

“Laporan ini, jika benar, adalah satu pengkhianatan besar terhadap prinsip ketelusan yang Anwar sendiri janjikan di Parlimen pada 3 Mac lalu.

“Pada hari itu, beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa siasatan akan dijalankan secara telus dan mematuhi proses wajar. Rakyat menerima jaminan itu dengan baik,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, jika dapatan siasatan itu membuktikan Azam tidak bersalah, ia tidak perlu disembunyikan.

Selain itu, katanya, jika dapatan itu membuktikan Azam bersalah, beliau tidak lagi layak untuk berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Hari ini, sebagai Perdana Menteri, beliau bukan sahaja enggan menggantung Azam, malah telah membaharui kontrak beliau sebanyak tiga kali.

“Dan kini, apabila siasatan sudah selesai, beliau mengarahkan supaya hasilnya tidak didedahkan segera,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This