SEORANG pengguna Twitter dikenali sebagai Lalitha Kunaratnam mengesahkan telah menerima surat tuntutan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menerusi surat bertarikh 6 Januari itu, Azam mengemukakan surat tunturan menerusi firma guaman Zain Megat dan Murad.
Surat tuntutan berkenaan berkaitan artikel dipercayai ditulis Lalitha yang mendakwa Azam mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat.
“Saya telah menerima surat tuntutan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya ringkas dalam ciapan di Twitter.
Terdahulu, Azam seperti dipetik Sinar Harian memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.
Baca artikel berkaitan: Satu penipuan besar, Azam Baki mahu ambil tindakan undang-undang

Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu berulang.
“Just wait (tunggu sahaja)…saman akan dibuat ke atas orang itu,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.
Dalam sidang akhbar khas semalam, Azam menegaskan tohmahan ke atasnya sebagai satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, Azam berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

