Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo telah terjumpa sebuah teko ajaib. Apabila digosok-gosok, PLING! keluarlah seekor jin berperut buncit. Biasalah… skrip lama… jin itu pun berkata…

“Hahahaha… disebabkan engkau telah menyelamatkan aku dari dalam kole ini, jadi aku benarkan engkau buat satu permintaan. Nescaya aku akan tunaikan. Ingat, satu permintaan saja, hahahaha!”

Jojo yang sedang rindukan kekasihnya, terus berkata, “Kalau macam tu, engkau buatkan aku satu jambatan emas dari sini sampai ke Pulau Langkawi. Bolehlah aku naik kereta hari-hari jumpa girlfriend aku.

“Untuk pengetahuan engkau, encik jin, sekarang ni aku tengah gaduh dengan dia, aku nak jumpa dia minta maaf, bla bla bla…” kata Jojo panjang lebar.

Jin itu menggaru kepala. “Permintaan kau ni materialistik betullah. Susah nak buat tu. Dahlah emas mahal sekarang ni, Selat Melaka pun dalam, air kotor, banyak nak guna besi dengan konkrit. Harga buruh pun sekarang dah naik. Nak siap pun ambil masa lama sebab banyak SOP nak kena patuh, makan tahun juga tu. Boleh tak engkau fikir benda yang lebih mudah dan tak menyusahkan aku.”

Jojo termenung, kemudian dia memberitahu, “Okey… kalau macam tu, engkau beri aku satu kebolehan istimewa, boleh?”

“Hah, itu mudah. Kebolehan macam mana yang kau nak tu?” tanya si jin.

Jojo jawab, “Aku nak kebolehan yang membuatkan aku mampu memahami perempuan. Senanglah aku tahu apa yang perempuan suka, apa yang mereka fikir, kenapa mereka menangis, ketawa, marah, dan macam mana aku boleh buat mereka gembira. Sebab…”

Belum sempat Jojo habiskan kata-katanya, jin itu terus mencelah…

“Errr… takpelah. Yang tadi kau minta jambatan emas tu nak dua lorong ke, empat lorong?”

**Yang faham, anda terror. Yang tak faham, lambat pick-up. He he he…

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen