Isu potongan elaun atlet: KBS tidak kejam, berbelanja ikut kemampuan – Ahmad Faizal

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sentiasa berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu atlet mengikut kemampuan kewangan yang ada apabila melaksanakan pemotongan dan penyusunan semula elaun mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, KBS cuba bertindak sebagai ‘ibu bapa’ yang bertanggungjawab terhadap para atlet dan tidak pernah terlintas untuk bersikap kejam terhadap mereka.

“Kami (KBS) bukan ‘bapa tiri’, bukan ‘emak tiri’, kami cuba bertindak sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, berbelanja mengikut kemampuan kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih utama.

“Kami cuba lakukan yang terbaik. (Cuba) anda bayangkan agak-agaknya saya sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru lima bulan (berkhidmat), (mustahil) saya nak tengok atlet tiba-tiba tak ada (elaun). Kalau boleh saya nak tambah lagi (elaun),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun di Dewan Badminton X – Treme Park, Bandar Sunway, Tambun, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal berharap rakyat memahami kekangan yang dihadapi dan tidak lagi mengecam tindakan kementerian.

Ahmad Faizal turut memberi jaminan akan membuat yang terbaik untuk menjaga kebajikan para atlet yang banyak menyumbang kepada negara, termasuk mereka yang tercedera dan bekas-bekas atlet.

Dalam masa sama, beliau berkata, KBS akan mencari jalan bagi membolehkan atlet-atlet diserap di mana-mana agensi di samping syarikat-syarikat korporat seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sejak kebelakangan ini, KBS, khususnya Ahmad Faizal menjadi sasaran kecaman pelbagai pihak termasuk netizen ekoran langkah pemotongan elaun atlet yang dilaksanakan.

Selain pemotongan elaun, Majlis Sukan Negara (MSN) turut menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan kerana bajet yang diterima dikurangkan dalam usaha kerajaan memberi keutamaan kepada pasca COVID-19 dan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This