POLIS sedang mendapatkan pengesahan penangkapan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi M. R. Albatsh Fatma pada tahun 2018.
Menurut laporan BH Online yang memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, pihaknya sedang menunggu pengesahan daripada Kementerian Luar Negeri dan kedutaan Malaysia di Palestin.
Kata beliau, tindakan susulan akan diambil selepas pengesahan itu diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“PDRM perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu mengenai tangkapan suspek daripada sumber sah seperti Kementerian Luar Negeri, kedutaan Malaysia di Palestin, Polis Antarabangsa (Interpol) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hubungan baik dengan NGO di Palestin.
“Segala tindakan susulan akan kita lakukan sebaik dapat pengesahan,” katanya.
Abd. Jalil bagaimanapun tidak dapat mengulas sama ada suspek yang ditahan adalah ejen Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel atau Mossad seperti yang didedahkan Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash sebelum ini.
Baca artikel berkaitan: Polis tahan doktor disyaki keluar sijil vaksin COVID-19 palsu
Dalam kejadian pada pukul 6 pagi, 21 April 2018 itu. Dr. Fadi ditembak dua suspek menaiki motosikal jenis BMW dari jarak dekat.
Pembunuhan itu didakwa didalangi dan dirancang oleh Mossad.
Suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tersebut dilaporkan telah ditahan di Gaza, semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh aktivis kemanusiaan di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam laman Facebook beliau.
Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit.
Walau bagaimanapun, kata Muhammad Nadir, perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

