ANGKASA sedia perkasakan Koperasi Kariah Masjid di Melaka

Dari Penulis

ANGKASA sedia menyahut saranan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bagi memperkasakan Koperasi Kariah Masjid (KKM) di negeri itu.

Presiden ANGKASA, Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha tersebut penting bagi menjadikan KKM sebagai platform pemasaran produk keluaran Muslim selain membantu meningkatkan ekonomi anggotanya.

Menurut beliau yang juga Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), setakat ini terdapat 38 KKM berdaftar di Melaka daripada keseluruhan 186 buah masjid yang ada.

“Saya telah berbincang dengan Tun Mohd Ali tentang perkara ini dan beliau turut bersetuju membantu dalam memastikan semua masjid di sini untuk menubuhkan koperasi kariah masjid,” katanya.

Abdul Fattah berkata demikian kepada media sewaktu menghadiri Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) bersama CCM Manufacturing & Packaging Sdn. Bhd. (CCM) di Hotel Majestic Melaka hari ini.

MoU tersebut adalah bagi menjayakan usaha pemasaran produk Kit Ujian Kendiri 2 dalam 1 COVID-19 jenama Dewina’s Newgene kepada koperasi di seluruh Malaysia dan Gabungan Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka Berhad akan menjadi ejen utama bagi negeri Melaka.

Majlis pertukaran dokumen MoU tersebut telah disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka manakala CCM diwakili oleh Penasihat Kumpulan CCM Manufacturing & Packaging Sdn. Bhd., Tan Sri Lim Cheng Pow dan Abdul Fattah menerima bagi pihak KOKITA.

Dalam majlis sama, CCM Manufacturing & Packaging Sdn. Bhd. turut melancarkan produk CCM Safe yang dikuasakan oleh VSure Tech Sdn. Bhd. dan sistem INSPECT oleh Dewina Consult.

Baca: COOPCARE Angkasa terus salur khidmat, bantuan pada masyarakat

PM ucap tahniah kepada Presiden Angkasa

Kesemua produk ini mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Yang turut hadir adalah Pengerusi Eksekutif SKM, Zazali Haron, Pengerusi FK Capital Berhad, Laksamana (Bersara) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dan Pengerusi Gabungan Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka Berhad, Zaidan Abdul Hadi.

Sementara itu, tambah Abdul Fattah, kerajaan mensasarkan koperasi untuk menyumbang sebanyak RM60 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.

Katanya, sasaran itu tidak mustahil dicapai sekiranya lebih banyak koperasi ditubuhkan, selain berani menceburi perniagaan berimpak tinggi.

“KKM boleh menjadi salah satu wadah memasarkan produk Muslim yang seperti kita tahu, agak sukar menembusi pasar raya sedia ada.

“Ia juga merupakan strategi yang berkesan untuk memperkasa jenama produk halal di negara sendiri selain mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa masjid bukan sekadar tempat beribadat semata-mata,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This