COOPCARE Angkasa akan terus mengambil peranan dalam memberi bantuan dan khidmat sokongan sewajarnya kepada ahli masyarakat.
Itu penegasan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) merangkap Presiden Organisasi Koperasi ASEAN (ACO), Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Menurut Abdul Fattah, usaha yang digerakkan Angkasa itu adalah bagi menyokong usaha kerajaan negeri dan Persekutuan terutama dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.
Kata beliau, selain sumbangan dari segi barangan keperluan harian, pasukan COOPCARE juga turut berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membantu kerja-kerja pembersihan.
Pada masa sama, COOPCARE turut menyertai aktiviti penjagaan alam sekitar.
Beliau berkata demikian selepas menjayakan program COOPCARE Angkasa kepada anggota koperasi dan masyarakat yang terjejas akibat bencana banjir bertempat di Bangunan Angkasa Pahang Zon 3 (Barat) di Bentong.

Baca artikel berkaitan: ANGKASA seru koperasi masjid pelbagai strategi perniagaan
Sebanyak 200 pek barangan keperluan asas dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000 telah diserahkan Abdul Fattah kepada Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Datuk Syed Ali Syed Mohammad.
Sumbangan berkenaan kemudiannya akan diagihkan kepada mangsa banjir yang merupakan anggota koperasi di sekitar Bentong, Raub dan Lipis.
Misi bantuan di bawah COOPCARE Angkasa akan terus digerakkan di setiap negeri yang terjejas dengan menyasarkan bantuan kepada sekurang-kurangnya 2,000 keluarga mangsa banjir.
Angkasa juga akan meneruskan misi bantuan COOPCARE Angkasa Prihatin COVID-19 kepada anggota koperasi dan masyarakat di seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

