Arwah pemandu Myvi kuning simpan hasrat untuk berkahwin, kata abang mangsa

Dari Penulis

PEMANDU Myvi kuning, Mohamad Haszaniza Sulong @ Zakaria, 27, yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Hitam, dua hari lalu menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Perkara itu diceritakan sendiri oleh abang sulung Allahyarham, Helmiey Sulong @ Zakaria, 31.

Katanya, niat adiknya itu disampaikan oleh kawan baik kepada Allahyarham yang memberitahu Mohamad Haszaniza sudah mempunyai calon isteri.

Menurut Helmiey, adiknya tidak pernah meluahkan niatnya itu kepada keluarga kerana mereka sedia maklum bahawa dia tidak pernah mempunyai teman wanita.

“Kawan baik arwah ada cerita kepada saya pada malam sebelum kejadian, yang dia ada kenal seorang wanita dan berniat untuk berkahwin,” katanya kepada UtusanTV.

Tambahnya, pada hari kejadian malang menimpa Mohamad Haszaniza, dia ada ternampak kelibat seorang wanita datang ke bilik mayat hospital yang menunggu dari awal hingga selepas semua urusan.

“Dia (wanita itu) nampak terkilan,” kata Helmiey.

Baca artikel berkaitan: Abang polis trafik bersihkan saluran air jalan tersumbat raih pujian netizen

@utusantvofficial Baru jelas nampak MPV memotong tak lepas, Myvi cuba elak sebelum terbabas. Salam takziah buat keluarga mangsa #alfatihah #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ? Ya Allah – Wali

Menceritakan kembali, sebelum detik kehilangan adiknya itu, Haszaniza bertolak pulang ke rumahnya di Kampung Lembah Bidong, Terengganu selepas menghadiri satu majlis kraftangan di pantai Cherating, Pahang, selama tiga hari.

“Haszaniza sepatutnya pulang ke rumah pada hari Ahad, tetapi mengambil keputusan untuk menginap satu malam di rumah kawan baiknya disebabkan keletihan,” tambahnya.

Dalam kejadian Isnin lalu, Haszaniza yang memandu perodua Myvi kuning gagal mengawal kenderaannya selepas cuba mengelak sebuah Toyota Innova dari arah bertentangan memasuki laluannya.

Dia kemudiannya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah Mercedes Benz dan disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu.

MPV yang dicari polis bagi membantu siasatan

Sementara itu, ibu mangsa, Fatimah Ngah, 51, mengatakan Haszaniza tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

“Cumanya… pada Khamis lalu dia (Haszaniza) ada bawa kereta miliknya pusing-pusing kampung,” sebak Fatimah, dan menambah Haszaniza merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

Ujarnya, sehari sebelum kejadian, dia ada bertanyakan kepada anaknya itu bila hendak pulang ke rumah.

“Dia cakap, kalau badan sihat sampai lah rumah,” kata Fatimah.

Dalam pada itu, Helmiey mengatakan walaupun keluarganya berat menerima pemergian Haszaniza, mereka reda dengan ketentuan Illahi.

“Kami berharap pemandu kenderaan palbagai guna (MPV) yang menjadi punca kepada kemalangan tersebut segera serah diri di balai polis.

“Soal salah atau tidak, saya minta sangat dia tampil untuk bantu siasatan polis,” katanya.

Allahyarham Haszaniza selamat dikebumikan pada pukul 11.15 malam hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This