“UNTUNG atau tidak untung, mesti tahu undang-undang, ‘you must sell original’ (anda perlu menjual barangan asli), ini satu kesalahan,” kata Hakim Norshila Kamaruddin ketika menjatuhi hukuman bersalah terhadap seorang pemilik syarikat barangan elektronik.
Pemilik syarikat tersebut, Ooi Hang Sheng, 27, dijatuhkan hukuman denda ebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen, di Petaling Jaya, hari ini, selepas menjual kotak TV Android yang tidak diperakui, dua tahun lalu.
Norshila dalam penghakimannya berkata, tertuduh perlu tahu undang-undang dan menjual peralatan asli saja dan memerintahkan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas tertuduh mengaku bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, Ooi didakwa menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui seperti dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu tujuh unit Android TVBOX pelbagai jenama.
Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16(3) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Damansara Uptown, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 9 Julai 2020 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Ooi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan kesalahan pertama dilakukan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap Ooi.
Mengikut fakta kes, peranti itu tidak menerima pensijilan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dan tidak diperakui oleh SKMM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

