Hanya sempat lari 50 meter sahaja

Dari Penulis

SEORANG orang kena tahan (OKT) yang melarikan diri dalam satu kejadian di hadapan Klinik Kesihatan Beranang pagi semalam berjaya ditahan semula pihak polis kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan (gambar kecil) berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, OKT itu dalam proses dibawa pulang selepas menjalani ujian calitan COVID-19 di klinik berkenaan.

Katanya, selesai ujian calitan itu, kesemua OKT telah dinaikkan semula ke dalam trak polis, dan secara tiba-tiba salah seorang OKT telah cuba melarikan diri.

“OKT tersebut telah berjaya ditangkap semula dalam jarak 50 meter dari lokasi melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengah malam tadi tular satu video pendek berdurasi 38 saat memaparkan seorang lelaki berpakaian baju dan seluar berwarna ungu melarikan diri ketika menaiki trak polis.

Kejadian dikatakan berlaku di Semenyih, tetapi tiada butiran mengenai tindakan lelaki berkenaan melarikan diri.

Baca artikel berkaitan: Abang polis trafik bersihkan saluran air jalan tersumbat raih pujian netizen

Tambah Mohd. Zaid, OKT itu telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan dimasukkan semula ke lokap dengan selamat.

“Hasil semakan mendapati, OKT ini telah ditangkap bersabit dengan kes samun dan sedang dalam tempoh tahanan reman sehingga esok (13 Januari),” ujarnya.

Tambahnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 & 224 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 2 tahun, atau dengan denda atau dengan kedua duanya.

Pihak Polis menyeru mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi  IPD Kajang  ditalian 03-89114222 atau terus menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor S.Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This