Pengguna PLUS boleh menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol sejak 15 januari lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGENALAN kemudahan RFID yang ditunggu-tunggu bertujuan untuk memudahkan pengguna lebuh raya, akhirnya menjadi satu bala pula apabila pengenalan lorong RFID di lebuh raya PLUS menimbulkan banyak masalah sejak dilaksanakan tiga hari lepas.

Keadaan tol didapati menjadi sesak kerana masih banyak kereta yang terpaksa berundur semula apabila stiker RFID yang dipasang di kenderaan mereka tidak boleh dibaca oleh alat pembaca RFID di beberapa tol PLUS.

LAPORAN transaksi Touch n Go penulis menunjukkan caj RM38.87 dengan lokasi masuk adalah Tol Rawang Selatan dan lokasi keluar juga adalah tol yang sama.

Bukan itu sahaja, lebih malang ada pengguna akan terpaksa membayar jumlah tol maksimum apabila memasuki lebuh raya PLUS menggunakan RFID tetapi tidak dapat keluar dari lebuh raya menggunakan laluan tol RFID dan terpaksa menggunakan laluan Touch n Go.

Penulis sendiri telah dikenakan caj RM38.87 walaupun hanya menggunakan laluan lebuh raya PLUS dari tol Jalan Duta hingga tol Rawang Selatan yang mana caj itu adalah caj maksimum jika penulis datang dari tol Skudai, Johor.

Kadar tol sebenar untuk perjalanan kereta biasa dari tol Jalan Duta ke Rawang Selatan hanya RM2.38 sen!.

CAJ tol dari Jalan Duta ke Rawang Selatan sepatutnya hanya RM2.38 sen.

Caj maksimum tersebut dikenakan oleh Touch n Go kerana sistem menganggap pengguna memasuki lebuh raya tanpa menggunakan kad Touch n Go, walaupun sebaliknya penulis telah memasuki lebuh raya menggunakan laluan RFID.

Keadaan itu tidak akan berlaku jika sistem Touch n Go dihubungkan dengan sistem RFID dan kedua-dua sistem itu akan mengetahui pengguna memasuki dari mana walaupun menggunakan salah satu dari platform pembayaran tersebut.

Cubaan penulis untuk mengakses pusat pelanggan laman web Touch n Go juga menghadapi masalah untuk membuat tuntutan balik akibat dicaj berlebihan tersebut kerana laman web yang tidak mesra pengguna di samping sistem chatnya ‘sentiasa sibuk.’

Sememangnya sistem tuntutan balik Touch n Go sememangnya tidak berapa efisen dan penulis juga pernah menghadapi masalah yang sama kerana tersalah menggunakan kad Touch n Go akhirnya ‘reda’ sahaja dengan caj maksimum yang dikenakan. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram